“Animals are such agreeable friends;
They ask no questions, they pass no criticisms.”
George Elliot

About Me

My photo
Bersamalah kita memelihara alam kurniaan Allah s.w.t.Sesungguhnya alam ini tidak akan ada keindahan dan keunikannya jika suatu hari nanti pupus flora dan fauna yang dimilikinya. Bersamalah kita memelihara keindahan dan khazanah alam yng masih kita pusakai ini.

Sayangi mereka, lindungi mereka......

Sayangi mereka, lindungi mereka......
baby kesayangan keluarga

Friday, April 16, 2010

Siapakah yang lebih ganas & kejam????






Siapakah yang ternyata lebih ganas dan kejam???? Mengapakah ini boleh terjadi? Berikan komen anda....Kesinambungan mereka adalah tanggungjawab anda.Bersamalah kita sertai Tiger BlogFest 2010 - from 19 April to 22 April

Friday, March 5, 2010

Having pets is fun.....

Having pets is fun and the relationship between child and pet can be a magical one. They will learn how to look after their pel responsibly and enjoyably. Obviously parents will have to play a supervisory role, not only in daily care, but to explain that the new pet is living being and not a toy. A well-cared-for pet is happy one and will reward the whole family with unconditional love.

Wednesday, February 24, 2010

Manusia yang hilang kemanusiaannya....





Cuba anda tatap sepasang mata si comel ini.



















Sesungguhnya, manusia itu makhuk yang mulia kerana manusia itu amat berbeza ciptaanya berbanding makhluk yang lain. Manusia mempunyai tugas yang penting di atas dunia ini. Manusia diamanahkan untuk memelihara alam dan khazanahnya agar tidak musnah. Kezaliman dan kekufuran terhadap nikmat Allah ini menyebabkan ketidakseimbangan pada alam, dan seterusnya memberikan kesan negatif kepada kehidupan manusia. Sesungguhnya kezaliman amat bertentangan dengan Islam yang memuliakan nilai-nilai kemanusiaan. Apakah seseorang manusia itu layak dipanggil manusia jika hilang nilai kemanusiaan dalam dirinya?

Monday, February 22, 2010

Lautan Darah





Isu pemburuan paus dan kerisauan terhadap kepupusannya telah mula dibangkitkan sejak 1925 dan telah dibawa ke Persidangan Geneva. Undang-Undang Pemburuan Paus telah digubal pada 1931 dan mula dikuatkuasakan pada 1934, namun Jepun dan Jerman tidak menghiraukannya.Salah satu spesis yang hampir pupus ialah ikan paus biru ataupun lebih dikenali sebagai Balaenoptera musculus. Haiwan ini mempunyai suara yang paling nyaring juga merupakan haiwan yang paling besar di bumi. Saiz ikan paus biru jantan boleh mencapai sebesar 25 meter manakala ikan paus betina sebesar 27 meter. Dianggarkan lebih kurang 5,000 ikan paus biru yang masih tinggal sekarang. Industri pemburuan ikan paus terutama oleh orang Jepun telah bermula sebelum kurun ke 19. Namun sejak tahun 60-an dikatakan sebanyak 360,000 ikan paus biru telah dibunuh oleh pemburu. Selain Jepun, kepulauan Faroe di Denmark juga melakukan aktiviti penangkapan sebegini. Penduduk lelakinya membunuh paus untuk menunjukkan kejantanan dan membuktikan pihak lelaki di kepulauan itu telah masuk ke alam dewasa. Ia merupakan satu amalan tradisi turun temurun yang dinamakan 'grindadrĂ¡p'.Acara tahunan ini akan menyaksikan air laut pesisir pantai Faroe menjadi merah. Ia dilakukan dengan cara mengepung paus-paus ini menggunakan bot atau kapal kecil dan memaksanya bergerak ke tepi pantai sebelum dibunuh dengan kejam oleh penduduk lelakinya.Tidak seperti Jepun, daging paus ini tidak dijual secara komersial tetapi sekadar dibahagi-bahagikan sesama penduduk setempat dan merupakan diet penduduk Faroe sejak 1000 tahun yang lalu. Pakar kesihatan telah mengesahkan bahawa daging paus yang dinamakan "pilot whale" atau nama saintifiknya "Globicephala melaena" ini tidak sesuai dijadikan makanan disebabkan kandungan toksinnya. Ia mengandungi tahap raksa yang agak tinggi. Ramai penduduk yang jatuh sakit atau mati akibat pengambilan dagingnya.Hakikatnya, selagi ada permintaan dalam pasaran daging paus, selagi itulah pemburuan terhadapnya tidak akan berakhir.

Belailah si comel dengan penuh kasih sayang...






Hamster...haiwan yang sungguh comel. Si comel ini bersifat amat berhati-hati dan agak penakut. Si comel ini juga boleh menggigit jika merasakan dirinya terancam. Berikan sedikit masa kepada si comel untuk mengenali anda. Hati-hati jika anda ingin mengeluarkan si comel dari sangkarnya, si comel mudah melompat jika terkejut atau merasakan dirinya dalam bahaya. Namun percayalah, setelah si comel mula mempercayai tuannya, si comel akan mula jinak dan boleh dipegang dan diajak bermain. Percaya atau tidak sicomel ini juga akan menjadi manja jika mereka dibelai dengan kasih sayang?

Sunday, February 21, 2010

Monday, February 15, 2010

Kucing Kesayangan Nabi Muhammad S.A.W

Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza. Pada suatu ketika, nabi ingin mengambil jubahnya, didapati Mueeza sedang nyenyak tidur dengan diatas jubahnya. Baginda tidak mengejutkan atau mengganggu haiwan kesayangannya itu. Akhirnya Nabi Muhammad S.A.W pun memotong lengan jubahnya yang ditiduri Mueeza. Baginda sering menyatakan kasih sayangnya dengan membelai lembut badan kucingnyaitu. Diceritakan juga, setiap kali Nabi menerima tamu di rumahnya, nabi selalu menggendong Mueeza dan di letakkan di atas pahanya. Bahkan kepada para sahabatnya, nabi sering berpesan agar menyayangi kucing peliharaan seperti menyanyangi keluarga sendiri.
Di antara mereka yang terdekat dengan nabi juga gemar memelihara kucing. Aisyah binti Abu Bakar Al-Siddiq, isteri nabi juga amat menyayangi kucing. Abdurrahman bin Sakhr al Azdi. diberi julukan Abu Huruyrah (bapak para kucing jantan),kerana gemar memelihara dan merawat berbagai kucing jantan dirumahnya.

Sayangi mereka, lindungi mereka......




Haiwan kesayangan boleh dijadikan sebagai teman yang menyeronokkan. Malah, kepuasan yang dikecapi melalui ikatan yang terjalin di antara pemilik dan haiwan kesayangan merupakan sebab mengapa ramai memiliki haiwan kesayangan. Haiwan kesayangan ibarat teman karib. Malah dalam keadaan tertentu, haiwan peliharaan dianggap anggota keluarga sendiri. Kajian membuktikan pemeliharaan haiwan kesayangan juga merupakan satu bentuk terapi sosial dan psikologi untuk manusia menghilangkan kesunyian, mengurangkan stress dan mengubat kesedihan.Terapi haiwan peliharaan atau dinamakan "pet therapy atau animal assisted therapy" (AAT) ini sudah menjadi satu fenomena baru di Barat setelah para saintis yang melakukan kajian mendapati para pesakit yang memiliki haiwan peliharaan lebih terurus ketika berhadapan dengan tekanan perasaan berbanding dengan pesakit yang tidak memiliki haiwan peliharaan. Tidak ada apa yang lebih menggembirakan bagi pencinta haiwan apabila membelai kucing kesayangan, memberinya makan dan melihat Si Comel berlari-lari menerpa anda setiap kali pulang ke rumah. Jika ada iklan di kaca tv yang memaparkan bagaimana seorang kanak-kanak terjumpa dan menyelamatkan seekor anak kucing yang kesejukan di tepi longkang, itulah jua yang berlaku kepada diriku. Suatu hari ketika aku pulang dari sekolah, aku terjumpa seekor anak kucing yang basah kesejukan dalam hujan di tepi longkang. Hingga kini, si comel Tutu menjadi baby kesayangan keluarga. Setiap kali babah, mama, abang atau kakaknya pulang...baby Tutu pasti akan berlari ke muka pintu.We love u Tutu.