
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Siapakah yang ternyata lebih ganas dan kejam???? Mengapakah ini boleh terjadi? Berikan komen anda....Kesinambungan mereka adalah tanggungjawab anda.Bersamalah kita sertai Tiger BlogFest 2010 - from 19 April to 22 April
Sebagai insan yang penuh dengan kasih sayang marilah kita curahkan secebis kasih sayang kita kepada mereka makhluk yang lemah di muka bumi ini. Marilah kita bersama membanteras kekejaman terhadap haiwan yang tidak berdosa.Bersamalah kita menyayangi dan melindungi haiwan kesayangan kita. Pastinya kehadiran mereka akan membawa sejalur kegembiraan dan kebahagian dalam hidup ini.
Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza. Pada suatu ketika, nabi ingin mengambil jubahnya, didapati Mueeza sedang nyenyak tidur dengan diatas jubahnya. Baginda tidak mengejutkan atau mengganggu haiwan kesayangannya itu. Akhirnya Nabi Muhammad S.A.W pun memotong lengan jubahnya yang ditiduri Mueeza. Baginda sering menyatakan kasih sayangnya dengan membelai lembut badan kucingnyaitu. Diceritakan juga, setiap kali Nabi menerima tamu di rumahnya, nabi selalu menggendong Mueeza dan di letakkan di atas pahanya. Bahkan kepada para sahabatnya, nabi sering berpesan agar menyayangi kucing peliharaan seperti menyanyangi keluarga sendiri.
Di antara mereka yang terdekat dengan nabi juga gemar memelihara kucing. Aisyah binti Abu Bakar Al-Siddiq, isteri nabi juga amat menyayangi kucing. Abdurrahman bin Sakhr al Azdi. diberi julukan Abu Huruyrah (bapak para kucing jantan),kerana gemar memelihara dan merawat berbagai kucing jantan dirumahnya.